Churp Churp

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Saturday, June 4, 2011

Amalan Bulan Rejab


assalamualaikum semua

hari ni 4 Jun 2011 bersamaan 3 Rejab 1432 Hijrah

alhamdullilah..

tup tup kita da masuk bulan Rejab kan?


Sabda Nabi s.a.w...Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.


jadi di bulan yang mulia ni marilah kita memperbanyakkan ibadah kepada-Nya.
xrugi apa2 pun

mari kawan2*nyanyi lagu mari kawan2,kita baca Quran,jgn malu segan...*

Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam


Umat Islam digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca selawat sangat besar pahalanya.


Bertaubat


Dibulan Rejab ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon keampunan kepada Allah S.A.W kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.


Berpuasa


Kita digalakkan untuk banyak berpuasa dalam Bulan Rejab ni sebab banyak fadhilatnya.

Antara fadhilat-fadhilatnya ialah:


Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).



:125:Jom Beramal Dalam Bulan Rejab yang Mulia ni:125:
renung2kan dan selamat beramal~

Friday, June 3, 2011

Tips Ubah Menangis Ayuh ! KETAWA

assalamualaikum
dan selamat sejahtera

hari ini myna nk kongsi sedikit tips bg orang2 yang sudah bekerja
mahupun sesiapa2 shaja yang mngalami masalah stres dan emosional

Sibuk bekerja boleh membuatkan kamu stress dan emosional. tahu-tahu sahaja kamu sudah menangis di depan komputer. untuk meredakan emosi yang terganggu itu, apa kata kamu semak tips ini


Beri Tekanan



Menekan hujung jari dengan hujung penyepit kertas akan membuatkan kamu fokus sehingga mengaktifkan semula bahagian otak yang mengawal rangsangan. sekiranya kamu sudah mula dapat mengawal emosi, air mata juga akan mula berkurangan keluar.

Buat Ekspresi Lucu



saat sedih akan mula berkurangan, tonjolkan rahang kamu ke depan. Bukan mudah untuk membuat wajah yang lucu saat kamu masih teresak-esak menahan nangis.

Jalan


Bertukar kedudukan boleh mengembalikan ketenangan. Dalam masa yang sama, ia dapat merangsang pengeluaran hormon endorphin dan melawan rasa sedih.

so,sape2 yang bersedih atau pun stress.boleh la semak2 tips2 ni..kalau ketawa kan nanti awet muda..sape yang nak tua kan? hee

senyum2 dan ketawalah selalu
cam Pak Aznil
=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...