Churp Churp

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Resepi Red Velvet Cake

SALAM semua :) 
hai, sehat tak ? sekarang ni tengah sibuk sibuk je nak baking baking kat dapur kan. al-maklumla, masih lagi bercuti semester kan ? hee . so, korang cuti-cuti ni buat apa je ? *bg yang sedang bercuti* tapi bagi yang sedang ada kelas tu, selamat 
belajar ! hikss. :) 
btw, hari ni nak bg korang resepi ni. resepi RED VELVET CAKE

 
tengok gambar je terus rasa cam nak makan kan ? hee. 
 nah resepi ! pasni boleh buat sendiri je kat umah okay :) 

RESEPI RED VELVET CAKE

bahan - bahan : 

• 2 1/2 cawan tepung kek
 • 1/2 sudu kecil garam
• 3 sudu besar cocoa powder
• 1/2 cawan unsalted butter
• 1 1/2 cawan gula

 • 2 biji telur
• 1 sudu kecil esen vanilla
• 1 cawan susu segar 
• 2 sudu kecil pewarna merah
• 1 sudu kecil baking powder
• 2 packet Philadelphia cream cheese - suhu bilik
• 1/2 sudu kecil esen vanila
• 1/2 cawan icing sugar
• 1/2 cawan susu manis

 
Cara-cara


1. Panaskan oven (175 degree) dan sapukan mentega ke 2 loyang (9 inch). 

 2. Tapis tepung, garam dan cocoa powder. Ketepikan.
 
3. (**) Dalam bekas yang lain, pukul mentega hingga lembut (1-2 minit), masukkan gula dan pukul hingga kembang (2-3 minit). Masukkan telur, sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan esen vanilla.
 
4. Dalam bekas yang lain, masukkan campuran susu dengan pewarna merah. Gaul hingga rata. Then masukkan campuran pewarna berselang-seli dengan campuran tepung ke dalam (**). Nota: Hendaklah dimulai dan diakhiri dengan campuran tepung.
 
5.Masukkan baking powder
 
6. Bahagikan adunan kepada dua dan masukkan ke dalam oven selama 25-30, atau sudah masak.
 
7. Sesudah masak, sejukkan kek untuk 10 minit. Kemudian keluarkan dari loyang. Wrap dengan plastik dan masukkan dalam peti sejuk sementara membuat cream cheese.
 
8. Dengan menggunakan electric mixer, pukul cream cheese hingga lembut. Kemudian masukkan gula, susu manis dan esen vanilla.
 
9. Akhir sekali, ratakan cream cheese keatas kek dan di lapis seperti sandwich.

ni cara membuat cream cheese :)

cream cheese red velvet : pukul cream cheese hingga lembut. Kemudian masukkan gula, susu manis dan esen vanilla. akhir sekali, ratakan cream cheese keatas kek dan di lapis seperti sandwich. 

DONE !! 

jangan lupa untuk mencuba okay :)  






Tuesday, August 23, 2011

Resepi Honey Cornflakes.



hai :) assalamualaikum semua :) amboi myna, knape gembira-gembira sgt ni? huu.
*luaran mmg la gembira, dalam hati xde siapa tahu* ehem :p

okay, kembali ke rancangan ketuk-ketuk kuih raya pada hari ini ye :) oleh sbb da la sgt myna xbuat kuih raya, asyik-asyik beli je, kali ni nak buat kuih raya laa..sekali je setahun kan? HAHA .
yelaaa, selama ni mane la sempat nk buat-buat kuih raya ni, sbb belajar kan. kali ni ha amik kau 4 bulan kat umah. macam2 keje boleh buat :) so, nk dekat menyambut Hari Raya yang xlama lagi ni. elok laahh kita buat kuih raya ye :) hee

inilah kuih raya yang paling senang nk buat di alam semesta ! *okay tipu*. HAHA. tapi mmg senang pun.

*tadaaaa*
HONEY CORNFLAKES

bahan-bahan :

boleh didapati di mana-mana kedai. tinggal nk keluarkan duit je. pas uh bayar. senang je. kan?


  1. cornflakes - 1 kotak
  2. madu - 1 jar
  3. Mentega - dicadangkan gune buttercup sbb lebih menjilat cari. hee :)

Cara-cara nk buat? alaaahai. senang je :)

  1. cuma cairkan mentega bersama madu. Campur sekali tau .Kacau-kacau smpai sebati. Diingatkan, api xmo besar-besar tau. Da siap cairkan, angkat, dan biar smpai sejuk. Tunggu je dalam beberapa minit. Jangan usik-usik pulak .Biarkan je okay ?

2. Da sejuk , baru la digaul bersama cornflakes sekotak tadi. Gaul je ikut suka hati smpai betul-betul sebati :)


3. Dah abis gaul , guna sudu besar , masukkan dalam mangkuk kecil-kecil tu. Ulang je smpai semua siap :) Jangan malas pulak tau. hee

4. Da siap untuk dibakar . Tetapkan suhu pada 180 darjah celcius, bakar lebih kurang 10 minit je. Jangan lama-lama. Nanti hangus pulak. Oven da bunyi 'tinnnggggg' . Guna kan sarung tangan, keluarkan, dann siaappppppppppp!!



Biskut suda siap untuk di makan :) Enak sungguh bau nya. Senang kan?

Ada sesetengah orang suka letak kacang tanah dihiris halus-halus atau badam. tapi myna suka yang kosong-kosong je :) Tak pun letak ceri merah ke hijau ke. Ada la penyeri warna ckit kan. hee.

Sekian sahaja dari myna. Cubalahh !






Saturday, August 6, 2011

Biskut Mazola :)

assalamualaikum semua :)
salam Ramadhan yang ke-6.
korang sehat x? hope sehat okay. tadi myna teman mama gy amik baju raya.tempahan-tempahan orang. da penuh da kedai mama ngan baju. nnti myna promote2 kat korang semua ye :)

okay.okay.disebabkan mr.bunnie saya da mengidam kat biskut mazola ni. myna nk kongsi la resepi ni kat korang semua.. nnti da buat,jgn lupa pos kat myna ye..n mr.bunnie sekali..bg penuh rumah dia ngn biskut ni.hee :p.

tapi biskut ni serius SEDAAAAAAAAAAPPPP !!
dulu tyme rajin wat kuih raya.mesti buat biskut ni.sebab nak buat dia senang je :)
jom !

BISKUT MAZOLA

bahan-bahan :

200gm tepung gandum
200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak n kisar smpai halus
100gm gula-kisar halus
1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
Kuning telur

Cara-cara :

1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dan kacang kisar
2.Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut
3. bentukkan doh mengikut citarasa dan susun dalam loyang yang telah disapu mentega
4. Sapukan atasnya telur kuning dan bakar di dalam oven hingga menjadi masak kekuningan. boleh jugak letak kacang badam atas nya :)


korang cuba lah ! :)

p/s: entri ni khas untuk mr.bunnie. sebab dia suka sgt biskut mazola ni :) jom la buat !

Tuesday, May 31, 2011

Resepi Kuih Nagasari

salam semua..:9:
semalam ptg kan myna n mama buat kuih nagasari..
korang taw x kuih nagasari uh ape:120:
dia bukan lepat pisang taw..hee..tapi adeq beradik laa..:10:

so,jowm myna nak kongsi resepi kuih ni..sedapp ouh :x::face8:
korg nak x:120: bnyak lagi kat umah ni.


Resepi Kuih Nagasari

:90:

bahan-bahan yang diperlukan

1 cawan tepung beras
5 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula
sedikit garam
5 biji pisang [ dipotong serong atau memanjang ]
daun pandan [disimpul]
daun pisang secukupnya


cara-cara

1. koyakkan daun pisang anggaran 20x2o dan layukan sekali di atas api kecik
2. campurkan tepung, santan, gula, garam dan kacau hingga sebati
3. tapis dan kacau di atas api yang sederhana hingga pekat lalu diketepikan
4. ambil satu senduk adunan dan letakkan diatas daun pisang yang telah dilayukan tadi
5. letak sepotong dua pisang dan tutup kan ia dengan sesenduk adunan lagi
6. Bungkus dengan lipatan kiri dan kanan
7. kukus di dalam kukusan dengan air yang mendidih selama 15-20 minit.

sedia untuk dimakan !





:face18::118:



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...