assalamualaikum semua
hari ni 4 Jun 2011 bersamaan 3 Rejab 1432 Hijrah
alhamdullilah..
tup tup kita da masuk bulan Rejab kan?

Sabda Nabi s.a.w...Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
jadi di bulan yang mulia ni marilah kita memperbanyakkan ibadah kepada-Nya.
xrugi apa2 pun
mari kawan2*nyanyi lagu mari kawan2,kita baca Quran,jgn malu segan...*
Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
Umat Islam digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca selawat sangat besar pahalanya.
Bertaubat
Dibulan Rejab ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon keampunan kepada Allah S.A.W kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.
Berpuasa
Kita digalakkan untuk banyak berpuasa dalam Bulan Rejab ni sebab banyak fadhilatnya.
Antara fadhilat-fadhilatnya ialah:
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
renung2kan dan selamat beramal~
nice entry dear..bgus tok dikongsi bersama..
ReplyDeletebtw tenks yup sudi dtng blog anis..:)..slam perkenalan..