Churp Churp

Sunday, May 29, 2011

7 Sumber Hebat !

salam everyone,:9:
hari ni myna nk share kat korang sumer tentang
7 Sumber Hebat Baik untuk Tubuh Anda !!:face19:

so, bercakap tentang sumber2 hebat ini..apakah yang terlintas di kepala anda semua?
apakah yang anda fikirkan tentang 7 sumber hebat ini?
banyak persoalan kan?

meh2 myna share..wink2:face15:

1. Jagung


Jagung adalah sumber karbohidrat utama di Amerika Tengah dan Selatan ! Sebagai tanaman yang mengandungi banyak manfaat pada kesihatan , jagung mempunyai khasiat sebagai pembangun otot dan tulang, baik untuk otak dan sistem saraf, mencegah gigi berlubang, serta minyaknya dikatakan dapat menurunkan kolestrol dalam darah. hebat kan??:face44:

Antara khasiat yang terkandung di dalamnya :

kalori
protein
lemak
karbohidrat
kalsium
fosfor
ferrum
vitamin A
vitamin B
air

2. Epalokey.sekarang sumber yang kedua adalah Epal...sedapnyeee epall.nyum3. :)

Epal adalah pilihan terbaik untuk kamu yang menjalani program DIET.ehem.agak capital letters di situ ye..hee.:p..Ini kerana epal kaya dengan zat yang berfungsi sebagai anti-oksida dan kandungan mineralnya dapat meransang pertumbuhan tulang. Selain itu, seratnya juga membantu menstabilkan tekanan darah dan kadar gula dalam tubuh. Kebanyakan olahragawan atau pekerja aktif sangat memerlukan ketahanan fizikal yang kuat.

Untuk mengawal dan menstabilkan kesihatan tubuh, amalkan resepi ini !

Campurkan dua sudu makan sari epal di dalam segelas air. Kemudian minumlah dua atau tiga kali sehari. Dengan mengamalkannya, korang akan miliki daya tubuh yang tinggi. :)


3. Avokado



Avokado mempunyai kandungan lemak dan kalori yang sangat tinggi ! Walau bagaimanapun kandungan lemaknya mampu meningkatkan kadar kolesterol baik [HDL], serta menurunkan risiko penyakit jantung.
Menurut penyelidikan yang dibuat, lemak ini dikatakan dapat membantu mengendalikan diabetes. Pengambilan lemak dari avokado sebelum melakukan aktiviti dapat meningkatkan tenaga tanpa membuatkan berat badan bertambah. Selain itu, avokado juga dikatakan dapat menbantu mencegah pelbagai penyakit lain.


4. Kiwi

Tahukah kamu ! Kiwi dapat meningkatkan stamina tubuh, kecantikan kulit, mempercepatkan penyembuhan, mengandungi kandungan vitamin C yang sangat tinggi dan meningkatkan daya tahan tubuh.


5. Betik

Betik kaya dengan vitamin C dan merupakan anti-oksida yang baik. Kandungan seratnya yang halus sesuai di makan oleh semua peringkat usia. Dalam sistem perubatan tradisional Cina, betik dikatakan dapat mengatasi gangguan pencernaan, serta menghilangkan cacing usus. Selain itu, Vitamin C nya juga sangat sesuai untuk pembentukan sperma.


6. Strawberry


Strawberry mangandungi kndungan vitamin C yang tinggi, vitamin B dan mineral. Selain itu, strawberri juga tinggi serat, rendah lemak dan kalori. Bagaimana strawberi mampu memelihara kesihatanmu? Khasiatnya yang didominasi oleh vitamin C, berfungsi sebagai antioksida ! bahkan kandungan antioksidaini dua kali lebih tinggi berbanding anggur merah dan lima kali ganda dari epal. Zat-zat ini menghalang radikal bebas aktif dalam tubuh.Meskipun tubuh mampu menghasilkan antioksida sendiri, namun kamu masih memerlukan makanan tambahan untuk tubuh. Selain itu, strawberi juga mempunyai kandungan flavonoid, iaitu sejenis bahan aktif yang dikatakan dapat melindungi jantung, memelihara kesihatan pembuluh darah dan mencegah darah mudah menjadi beku.

7. Super brokoli !

Brokoli dikenali sebagai keluarga sayuran seperti kubis, bunga kubis dan kangkung. Kebanyakan sayuran jenis ini mengandungi unsur glucosinolates yang tinggi. selain itu, jenis sayuran yang memiliki unsur sulforaphane ini dikatakan dapat menghalang pertumbuhan beberapa sel penyakit dalam tubuh..


p/s
sayangi tubuh anda !
dari doc myna.hee.:)



4 comments:

  1. suha- thanks.:)..

    nurul aini norazman- yup2...n strawberry tu sedaappp..

    ReplyDelete
  2. bagus. Ada kaitan dengan blog saya punya post

    http://www.jangankalot.co.cc/2011/05/ingin-kulit-secantik-randy-pangalila.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...