Churp Churp

Tuesday, May 1, 2012

Puisi Indah buat Kaum Adam.

sekadar perkongsian dikala sunyi :)

PUISI INDAH BUAT KAUM ADAM 

Ya Allah Ya Tuhanku…
Berkatilah hidupku dunia dan akhirat…Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
Wahai kaum adam
Kerana apa kau mencuri hati kaum hawa??
Kerana apa kau menyintai kaum hawa..??
Kerana apa kau menyayangi kaum hawa??
Kerana apa kau menyunting kaum hawa??
Wahai kaum adam
Adakah kerana kau ingin lukakan hatinya..??
Adakah kerana kau ingin robekkan perasaannya..??
Adakah kerana kau ingin siatkan kasih sayangnya??
Adakah kerana kau ingin menyeksa jiwa raganya??
Wahai kaum adam
Apa erti cinta pada diri kalian..??
Apa erti sayang pada kalian??
Apa erti rindu pada kalian??
Dan apakah erti kesetiaan pada kalian???
Wahai kaum adam
Adakah cinta itu seperti mainan bagimu..??
Adakah sayang itu sekadar pelepas hausmu..??
Adakah rindu itu sekadar angin yang berlalu..??
Adakah setia itu sekadar puisi yang bisa kau padamkan..dan kau coretkan semula jika kau memerlukannya??
Wahai kaum adam..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang senang mengalir air matanya..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang jiwanya sangat setia..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang perasaannya amat halus..
Ketahuilah kaum hawa itu kaum yang bisa memaafkan walau jiwanya hancur..dirobek..disiat oleh kalian…
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang bisa melupakan segala keburukan kalian walau dia terpaksa menyeksa perasaannya
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang sanggup mengenepikan kepentingan dirinya hanya untuk diserahkan kepada kalian kaum adam
Wahai kaum adam
Sayangilah kaum hawa sepenuh jiwa kalian
Lindungilah kaum hawa setulusnya cinta kalian
Sesungguhnya
Cintailah kaum hawa itu seteguhnya kerana Allah kerana Dia…pemilik segala Cinta Dia-lah Pencinta Sejati
By: Kaum Hawa yang aku tak kenali

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...