Churp Churp

Thursday, December 23, 2010

EGO dan EMO





alhamdulillah.selepas sekian lama berblogwalking dan ber'google' sedikit tentang sifat ego yang sering dikaitkan dengan kehidupan seharian manusia.Akhirnya aku menemui satu pepatah yang mengatakan bahawa SIFAT EGOIS DAN EMOSI ITU SALING MELENGKAPI..

tetapi betul ke pepatah tersebut?? boleh diguna pakai oleh semua rangkaian masyarakat sesebuah negara ke?banyak kan persoalan sehingga tidak terjawab kesemuanya.*sigh*


Definisi Egois ini secara umumnya berkait secara langsung dengan perihal perlakuan serta persepsi seseorang terhadap dirinya sendiri.seperti contoh persepsi seseorang terhadap apa yang ada pada diri,kelebihan dan kekurangan dan seterusnya mempengaruhi tahap keyakinan diri seseorang itu.

Emosi pula merupakan satu sifat yang berkait rapat dengan perasaan, jiwa,dikala sedih,gembira dan a
pa sahaja perasaan yang digambarkan oleh seseorang individu itu.
Dan sebenarnya setiap manusia mempunyai sifat egois dan emosi ini cuma lelaki lebih cenderung kepada egois manakala perempuan pula cenderung kepada sifat emosi yang ada dalam diri mereka.


sebenarnya,dua-dua sifat ini mempunyai kelebihan masing-masing..Mana mungkin Allah menciptakan sesuatu tanpa sebab kan.

Jika anda fikirkan dari suatu konteks yang lain di mana kedua-dua pihak mempunyai sifat yang sama.Kedua-duanya ego dan kedua-duanya juga emosi.Apa yang akan terjadi dalam kehidupan anda? mesti bosan kan? Tiada kelainan. Ini berbeza jika seorang egois dan seorang lagi emosi.Bagi seorang perempuan mesti nak tahu kan mengapa lelaki ini egois? dan bagaimana nak faham mereka kan?.Bagi lelaki pula,mereka berasa pelik ke
napalah perempuan ini terlalu beremosi,apakah yang mereka inginkan sebenarnya?
Perbezaan itulah yang akan menimbulkan pelbagai persoalan yang mendorong mereka mencari jawapan untuk memahami perkara yang berbeza itu. Bila sefahaman telah tercapai, akan wujudlah satu gabungan yang mempunyai keberanian dan kasih sayang.


completing each other actually.. but blaming each other is always happened”,


mengapa perkara diatas selalu terjadi? Ini disebabkan oleh kedua-duanya sifat itu disalah tafsir. Lelaki memandang Emosi itu dari persepsi Egois mereka dan perempuan memandang Egois dari persepsi Emosi mereka. Lalu mereka katakan tidak ada kesefahaman, tidak wujud keserasian dan tercetus perbalahan. Mula menyalahkan satu sama lain dan akhirnya, menyesal di kemudian hari.

Maka jalan yang paling senang ialah berterus terang dan wujudkan komunikasi yang seimbang. sering ber
tanya akan kemahuan yang masing-masing perlukan..Fahami lah pasangan anda.

Apapun, memang hakikat terciptanya egois dan emosi itu punya hikmah tersendiri. Bukan saja-saja ia difitrahkan di dalam diri manusia ni tanpa tujuan. Kalau ia difahami dengan teliti, memang betul ia merupakan satu kombinasi yang selama ini dicari-cari. Kesempurnaan yang hakiki.


dan bukankah SIFAT EGOIS DAN EMOSI ITU SALING MELENGKAPI.


p/s.
saya minta maaf.
selepas ni saya akan cuba memahami awk.
dan saya harap awk jua begitu.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...